Selepas
berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam
mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah,
siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al Fateh bertitah
kepada tenteranya:
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu
setelah baligh, sila duduk.”
Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk.
Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah
salah satu ciri sebaik-baik tentera.
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib
setelah baligh, sila duduk.”
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud
setelah baligh, sila duduk.”Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad
sendiri.
Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah
meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup
umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini!



0 comments :
Catat Ulasan