-->
Isnin, 2 Januari 2012 | By: Fiqdaoz

ALHAMDULILAH



Alhamdulillah...

Kita di wajibkan solat 5 waktu seharian..
Subuh : 2rakaat
Zohor : 4rakaat
Asar : 4rakaat
Maghrib : 3rakaat
Isyak : 4rakaat.

Menjadikannya 17rakaat kesemuanya yg WAJIB ditunaikan seharian.
Tetapi, adakah kita ketahui setiap MAKNA, ERTI BACAAN BACAAN wajib serta sunat di dalam SOLAT?
TAHUKAH kita, yang setiap sebutan mahupun patah perkataan yang kita sebut merupakan satu doa?
Betapa SAYANG nya ALLAH kepada hambaNYA di dalam menggapai pahala..



ALLAHU AKBAR(ALLAH MAHA BESAR) :
Perkataan pertama yang akan kita sebut ketika solat adalah kita bertakbir ALLAHU AKBAR.
Maknanya : ALLAH MAHA BESAR
Yakni kita memuji kebesaranNYA..
Berapa kali kah kita bertakbir di dalam solat wajib seharian?
Untuk setiap rakaat yang kita kerjakan, kita bertakbir sebanyak 5kali dan 6kali untuk rakaat terakhir.(boleh cuba kira...)

i ) SUBUH : rakaat pertama = 5kali
rakaat terakhir = 6kali
jumlah = 11kali
ii ) ZOHOR : rakaat pertama = 5kali
rakaat kedua = 5kali
rakaat ketiga = 5kali
rakaat terakhir = 6kali
jumlah = 21 kali
iii ) ASAR : (seperti zohor) = 21 kali
iv ) MAGHRIB : rakaat pertama = 5kali
rakaat kedua = 5kali
rakaat terakhir = 6kali
jumlah = 16kali
v ) ISYAK : (seperti zohor) = 21kali

~ oleh itu, kita WAJIB melafazkan TAKBIR ALLAH MAHA BESAR sebanyak (11+21+21+16+21)=90kali seharian!!!

Dalam erti kata lain, kita membesar besarkan ALLAH dengan kalimah ALLAHUAKHBAR sebanyak 90kali seharian.


"Allahu Akbar satu sifat Tuhan,
di dalamnya terkandung atau terhimpun
seluruh sifat-sifat Allah yang sempurna
Sebagai yang terpokok yang wajib diketahui
itulah dia sifat Tuhan yang dua puluh
Yang lebih terperinci ialah asmaul husna yang 99
Kalau secara detail Tuhan(ALLAH) Maha Besar
Dia mempunyai sifat-sifat yang sempurna yang tidak dapat dihinggakan
Kerana itulah di dalam solat perpindahan dari rukun ke rukun
disuruh menyebut Allahu Akbar

Di dalam apa sahaja kemenangan
disuruh jangan tinggalkan menyebut Allahu Akbar
Fahamlah kita Allahu Akbar,
Tuhan ada mempunyai himpunan sifat-sifat yang sempurna tidak berkesudahan
Menyebut sahaja Allahu Akbar,
ertinya kita mengakui keseluruhan sifat-sifat kesempurnaan-Nya
Allahu Akbar ini kalaulah Tuhan rasakan kepada gunung-ganang,
hancur-luluhlah gunung
Kalau Allah Taala rasakan kepada lautan,
akan bergelombang besarlah laut,
banjirlah dunia
Matilah semua kehidupan di laut dan di daratan
Jika kehebatan Allahu Akbar itu dirasakan kepada langit runtuhlah langit
Berguguran segala matahari dan bulan dan seluruh planet,
kiamatlah dunia sebelum Kiamat

Kalau Allah Taala rasakan pula kepada bumi,
bergerak dan bergelombanglah bumi, mati semua kehidupan
Jika dirasakanlah kepada para binatang,
akan matilah bergelimpangan di daratan dan di lautan
Allah Taala rasakan kepada orang yang bertaqwa mengikut ketaqwaannya
Tuhan sukat rasa itu mengikut peringkat-peringkatnya
Kalaulah Tuhan rasakan kepda golongan yang bertaqwa Allahu Akbar itu
lebih daripada yang sepatutnya
Di waktu itu matilah mereka
kerana tidak tahan dengan rasa kehebatan Allahu Akbar

Maha Besar Tuhan, Maha Agung, Zat Yang Maha Esa
Siapa sahaja tidak terasa kehebatan Tuhan,
atau tidak gementar dengan kebesaran Allah
Rohnya sudah mati sebelum kematian badannya
Marilah kita berlindung dengan Allah,
daripada tidak terasa kebesaran Tuhan"
 

0 comments :

Catat Ulasan