Aku punya seorang
rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah
rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6
manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang
dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya
menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku
yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti
Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti
harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga
Lim.
Dengan Lim juga aku
belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya
padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk
melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang
ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi
penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di
Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang
kuketahui dari kakaknya.
Hubungan aku dengan
Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu
tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar
poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami
rasakan.
Suatu pagi. Aku
bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke
tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.
“He’s name is no more
Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah,
rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk
berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang
kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim
dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika
aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…
Assalamu’alaikum…
Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya
amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam
dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu
lama terpisah.
‘Ini dia olang memang
sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada
beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.
Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan
sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian
dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu
walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik
aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik
aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak
faham… diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita
ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapakah kau
tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru
aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di
Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak
mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku,
Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik
kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah
aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam
dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku,
keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat
besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu
bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau
dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada
orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan
terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling
utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku
lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah,
macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong
ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya
nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum
pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan
dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu
bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka
ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat
malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak
pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri
sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham,
andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi
pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan
akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk
Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk
adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen)
tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan
dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah
mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai
Islam.
0 comments :
Catat Ulasan