Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New
York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya
dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya,
sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.Dia juga gagap dan hujung
bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing
di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.Namun begitu , dia
mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.Untuk mengejar mimpinya menjadi
pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya
yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku,
dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.Tetapi dia tidak berputus
asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen
filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah
menolaknya berkali-kali.Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia
bernekad.Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang
kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi
menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang
ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.Akhirnya
agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul
selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan
bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia
pikir jalannya akan lebih mudah.
Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui
kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah
berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2
hari shooting.
Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.
Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu
sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk
mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya
mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$
100.
Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak
tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang
tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin
mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa
menjual perhiasan isterinya.
Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa
menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan
sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya,
seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25
untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga
dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.
Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan
tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut
ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai
kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round
melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.Pemuda itu sangat terinspirasi pada
perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai
perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari
tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip
tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan
menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai
bergetar semasa memegang skrip itu.Kemudian dia mengajukan skripnya kepada
produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita
tersebut.Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya
dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu
hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000
dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.Dia senang
sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri
filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun
sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip
tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus
menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi
pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia
berjanji akan berlakon dengan baik.Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan
dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip
cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah
dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih
$6,000 bukannya $325,000
Siapakah pemuda tersebut?
Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama
singkatan “Sly”.
Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang
dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia
tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.Sekalipun berbudget rendah
US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone
sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000
atau 200 kali lipat ganda.Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih
Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar
untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.Setelah Rocky,
kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali
berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini
menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.Dia menjadi
pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990.
Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan
menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.Apa yang
dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi
bintang filem.Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain
mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang,
yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.
Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata
“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear
to wake up and get going, rather than retreat”.
“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan
terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.
Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq

0 comments :
Catat Ulasan