Assalamualaikum w.b.t kepada reader blog stayblogger yang akan membaca blog ini.Mungkin yang tengah searching pasal cara untuk menghilangkan stress akan terjumpa post nih dan untuk pengetahuan korang tajuk ini dihasilkan semasa aku tengah stress untuk menghadapi ujian pertengahan semester yang pertama di Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh).Nama matrik pun dah menunjukkan meter bermakna semua benda kat sini semua kena cepat kalau tak sia2 jew lar masuk matrik nih.Sebab tu lar ramai budak kat sini stress dan tak dinafikan benda ini berlaku kat semua Kolej Matrikulasi yang ada kat Malaysia nih.Okey kita teruskan dengan langkah pertama untuk menghadapi stress:
1.Kepada pembaca yang beragama Islam mula-mula sekali perkara yang boleh kita buat kalau stress ialah dengan mengambil wuduk dan terus melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Kita boleh juga perbanyakkan solat sunat dan berzikir.2.Banyakkan bersenam dan setiap kali stress cuba untuk melakukan sedikit regangan pada badan dan banyak bertenang serta cuba mengambil masa untuk berehat secukupnya kerana salah satu punca stress ialah kekurangan rehat.
3.Cuba untuk berkongsi masalah yang anda hadapi dengan guru kaunseling atau rakan karib anda kerana dengan cara itu anda akan berasa lebih tenang dan lega.
4.Cuba selesaikan masalah yang anda hadapi dengan satu persatu dan kalau boleh lakukannya secara berperingkat.Sebagai contoh seorang student matrikulasi yang mempunyai masalah dengan assignmentnya,dia perlu meyiapkan terlalu banyak assignment dalam masa waktu yang singkat.Student tersebut boleh menggunakan jadual masa belajar dan menyiapkan kerja-kerja tersebut secara berperingkat dan kerja tersebut akan siap dalam masa yang ditetapkan.
5.Enjoy With What Are You Doing.Apa yang dimaksudkan dengan Enjoy With What Are You Doing ni???..mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada yang belum tahu lagi.Maksud ayat diatas ialah anda perlu mencari kenikmatan dalam melakukan setiap kerja.Secara tidak lansung apabila anda menyukai sesuatu pekerjaan itu anda tidak akan pernah berasa bosan untuk melakukannnya walaupun agak banyak bagi orang lain.
Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq





0 comments :
Catat Ulasan