-->
Jumaat, 25 Oktober 2013 | By: Fiqdaoz

SMS SEDIH DARI INA

"Abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what the hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.


"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."




Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq  

CARA NAK COVER MALU LEPAS JATUH

Terbaik lar cara dia nak cover malu..agak-agak korang kalau jatuh boleh tak buat macam dia??..nasib baik kalah kalau menang mesti orang cakap poyo...tapi ni pun  poyo tahap gaban ...











Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq  

KISAH SEORANG PEMIMPIN YANG HEBAT

        Selepas berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al Fateh bertitah kepada tenteranya:

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”
Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.




“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”





Sebahagian daripada tenteranya duduk.




“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri.







Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini!












Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq

LEMBU BERBULU GEBU

Pada pendapat anda apakah binatang dibawah???.....kalau jawapan anda adalah beruang anda salah sebenarnya...binatang di bawah ialah lembu yang telah dikacukkan dengan kambing berbulu.Macam-macam teknologi dunia sekarang sehingga muncul benda pelik tetapi comel ini.




               




                            





Lagi gambar : SUMBER








Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq

KL GANGSTER 2 PARODI [TERBAIK]

             Video parody kat bawah ni adalah salah satu video parody yang terbaik pernah aku tonton.Ia mengisahkan tailong yang mempunyai 2 orang anak yang malas solat fardhu berjemaah.Pada pendapat aku video sebegini patut diperbanyakkan lagi kerana ia boleh menarik perhatian orang ramai dan lebih menarik lagi ia mengandungi mesej yang mendalam.            


                   
                                   











Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq       
Selasa, 22 Oktober 2013 | By: Fiqdaoz

PENGAJARAN SAYANGILAH IBU ANDA

Kasih sayang seorang ibu tiada bandingan.Mereka menjaga kita dari kita kecil hinggalah dewasa.Mereka melahirkan kita sehingga sanggup meletakkan nyawa sebagai tukar ganti hanya untuk melahirkan nyawa baru.Sayangilah ibu anda.






                      








Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq
Isnin, 21 Oktober 2013 | By: Fiqdaoz

AWEK SABAH BERGADUH DALAM SEMAK


           
                 Perempuan zaman sekarang sudah tidak mempunyai ciri-ciri keayuan yang sejati.Kebanyakkan perempuan biasanya mudah terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini dan sebenarnya lelaki juga sama tapi sebagai lelaki mereka lebih pandai membawa diri agar tidak menjadi lebih teruk walaupun ada sesetengah tidak begitu tetapi bagi wanita pula sekali mereka terjerumus ke dalam sesuatu budaya yang tidak sihat amat susah untuk mereka berpatah balik dan walaupun mereka berjaya untuk patah balik mereka akan mempunyai parut silam yang amat mendalam yang sukar untuk dilupakan.Itu adalah sifat wanita yang lemah Aku bukan berniat untuk menjadi racist tetapi itu adalah realiti yang kaum hawa sendiri pun tahu.Jadi peringatan kepada kaum hawa jagalah diri anda dari terlibat dalam hal-hal sebegini.Dibawah ini adalah contoh budaya yang tidak sihat di kalangan wanita dan ia seperti sudah menjadi satu trend untuk bergaduh dan upload ke youtube dan disharekan oleh blogger-blogger macam aku ini.












Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq  

NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK


Tiba-tiba teringat pasal kisah zaman kanak-kanak dulu.Zaman kanak-kanak sekarang sudah tak dapat rasa keindahan zaman kanak-kanak orang yang lahir tahun 1999 ke bawah...tak giteww..




Kartun zaman kanak-kanak dulu



Mandi sungai



Main lastik burung





Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq  
Ahad, 20 Oktober 2013 | By: Fiqdaoz

MAK CIK KARAOKE SERIUS LAWAK





                     


                           










Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq

Rabu, 16 Oktober 2013 | By: Fiqdaoz

PAKAI SELUAR TIGA SUKU SUNNAH NABI ?










Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq

CARA UNTUK MELUPAKAN SI DIA




Semua orang pasti pernah merasakan cinta dan putus cinta.Bagi yang tak pernah rasa silalah rasa..he3x...Putus cinta bukan bermakna kita telah mendapat lesen besar untuk melakukan sesuatu yang bodoh dan memalukan diri.Kepada sesiapa yang tak boleh melupakan si dia dan masih terbayang-bayang wajah si dia boleh mencuba beberapa cara di bawah ini untuk melupakan si dia.


1.UNFRIEND SI DIA DALAM LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK

Ini bukan bermaksud untuk memutuskan silaturahim tetapi sebagai salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan anda sentiasa terbayangkan si dia.Lebih-lebih lagi jika anda selalu komen atau chatting dengan si dia di laman sosial.Anda akan merasa sedih setiap kali si dia update status atau online tetapi tak pernah tegur anda di laman sosial jadi langkah yang terbaik ialah unfriend si dia.


2.SIBUKKAN DIRI ANDA DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH

Jika anda masih lagi seorang student anda bolehlah sibukkan diri dengan membuat assignment ataupun study kerana itu adalah tugas sebenar anda dan bukannya couple.Jauhkan diri dari couple kerana ia boleh merosakkan masa depan anda.Selain itu anda juga boleh sibukkan diri anda dengan aktiviti kekeluargaan seperti kerap pulang ke kampung kerana kampung merupakan tempat terapi yang paling mujarab.Anda juga boleh mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari bergantung pada minat anda.


3.BERHENTI DARI MENDENGAR LAGU KESUKAAN SI DIA

Lagu juga merupakan unsur utama dalam sesebuah perhubungan.Setiap perhubungan mesti ada perkara yang dikongsi dan antaranya ialah lagu.Setiap pasangan akan cuba untuk meminati lagu kegemaran pasangan masing-masing jadi selepas break up lagu tersebut yang menjadi punca seseorang itu terkenangkan si dia.Sebagai langkah untuk melupakan si dia anda boleh berhenti dari mendengar lagu itu.


4.ELAKKAN DARI BERSENDIRIAN

Anda perlu elakkan daripada bersendirian sekurang-kurangya untuk 3 bulan yang pertama kerana itu adalah masa yang sangat kritikal bagi orang yang baru lepas putus cinta.Pada masa ini orang yang baru lepas putus cinta akan lebih cenderung untuk bersendirian walhal cara itu hanya akan menambahkan kesengsaraan yang mereka alami.Sentiasa habiskan masa terluang dengan rakan-rakan kerana rakan-rakan dapt membantu kita release tension.





5.TERIMA HAKIKAT YANG ANDA DENGAN SI DIA SUDAH TIADA JODOH

Akhir sekali,anda haruslah fikir bahawa anda dengan si dia sudah tiada jodoh.Jodoh setiap manusia sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Setiap makhluk adalah berpasangan jadi anda tidak perlu risau dan jangan di ikutkan sangat hati dan perasaan untuk memberontak.Jika anda bersabar pasti anda akan bertemu jodoh yang lebih baik.





Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq  
Selasa, 15 Oktober 2013 | By: Fiqdaoz

AIDILADHA MERIAH WALAUPUN MENDUNG














KUALA LUMPUR - Cuaca mendung dan hujan renyai di beberapa tempat di seluruh negara pada sebelah pagi hari ini tidak menghalang umat Islam untuk beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum melakukan ibadah korban.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menyertai kira-kira 15,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini. 

Selesai menunaikan solat, Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda berdua sebaik selesai khutbah Aidiladha.

Di PUTRAJAYA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra.

Turut sama menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Mereka bersama lebih 5,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Abdul Manaf Mat.


Majlis korban Perdana Putrajaya diadakan dengan 46 ekor lembu dikorbankan sebelum daging korban diagihkan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Adnan Tengku Mansor kepada warga Putrajaya.

Di SHAH ALAM, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri bersama kira-kira 10,000 anggota jemaah termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebanyak 39 ekor lembu dikorbankan di perkarangan masjid negeri itu termasuk dua ekor sumbangan Sultan Selangor. 

Di PERLIS, hujan di beberapa kawasan pada sebelah pagi di negeri itu tidak menghalang penduduknya menunaikan solat sunat Aidiladha.

Kerajaan negeri Perlis menyumbang 140 ekor lembu sempena Aidiladha tahun ini kepada wakil-wakil penduduk, jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk korban. 

Di PULAU PINANG, hujan lebat tidak menghalang kira-kira 1,000 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha bersama Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff di Masjid Negeri dengan diimamkan oleh Timbalan Imam Besar, Sya'bani Awang.

Khutbah disampaikan Imam Besar Sallahuddin Ghazali.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, hujan diramal berlaku di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor pada pagi Aidiladha manakala Perak, Perlis, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula diramalkan mendung.

Di KEDAH, Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah menyertai ribuan umat Islam termasuk Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir,Alor Setar.

Hujan dilaporkan berlaku di beberapa tempat pada sebelah pagi di negeri itu.

Di TAWAU, Sabah pula majlis korban Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau terpaksa ditangguhkan sehingga esok berikutan keadaan cuaca yang tidak
mengizinkan. 

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah ketika dihubungi Bernama berkata upacara korban sepatutnya dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha di perkarangan IPD secara bergotong-royong tetapi ditangguh kerana hujan lebat.

Di TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyertai kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Cuaca cerah melancarkan majlis-majlis korban yang berlangsung di negeri itu.

Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Marzuki Zakaria menasihatkan orang ramai yang hendak melakukan ibadah korban supaya menjaga kebersihan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak wabak penyakit kuku dan mulut. 

Di KELANTAN, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menunaikan solat sunat Aidiladha bersama umat Islam di Masjid Muhammadi di Kota Bharu. 

Turut sama berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.

Turut sama menunaikan solat di masjid itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Cuaca di negeri itu dilaporkan cerah dan memudahkan umat Islam melaksanakan
ibadah korban.

Di JOHOR, Sultan Johor Sultan Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi, Johor Baharu yang turut disertai anakanda-anakanda baginda.

Turut sama menunaikan solat Aidiladha di masjid itu Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Di PERAK, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 2,000 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Raja Muda Musa, Ipoh.

Baginda diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Tahun ini sebanyak 341 ternakan korban bernilai RM1.02 juta disumbangkan pelbagai agensi dan badan berkanun di Perak untuk program tahunan Korban Perdana untuk diagihkan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun). 

Di PAHANG, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah diiringi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan umat Islam di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar 1, Kuantan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariffin Daud berkata sebanyak 303 ekor lembu diagihkan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Pekan untuk dikorbankan. 

Beliau berkata sebanyak tujuh ekor lembu sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dikorbankan di kawasan kediaman Perdana Menteri di Pekan, esok. 

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti. 

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menunaikan solat sunat Aidiladha di kampung halamannya di Rantau, Rembau bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Jamek Rantau.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob serta Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menyertai kira-kira 7,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim di Bukit Palah. 

Sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan di perkarangan masjid itu sebelum daging korban diagihkan Mohd Khalil kepada orang ramai. 

Di LABUAN, 40 ekor lembu diagihkan di kesemua 27 kampung dan persatuan mewakili umat Islam di pulau itu bagi melaksanakan ibadah korban. 

Anggota Parlimen Labuan Rosman Isli berkata lembu-lembu itu disumbangkan melalui peruntukan Parlimen Labuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) dan orang perseorangan.

Di SARAWAK, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunaikan solat sunat Aildiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya. 

Turut sama barisan kabinet negeri antaranya Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar. 

Tidak ketinggalan mengadakan ibadah korban warga Divisyen Pertama Kem Penrissen, Batu 8, dekat Kuching yang dihadiri Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar. 

Sebanyak 44 ekor lembu dan tujuh ekor kambing diagihkan di lapan kem Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia di seluruh negeri bagi melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin menyambut Aidiladha di Sandakan.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga menyertai umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid ungai Kayu, Batu 7, Jalan Lapangan Terbang. - Bernama



SUMBER : SINAR HARIAN





Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq

BAYI BERUSIA 9 BULAN DERITA PENYAKIT MISTERI













RANTAU PANJANG – Seorang bayi sembilan bulan, di Kampung Tersang menderita penyakit misteri, tiga bulan selepas dilahirkan.

Ibunya, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, anak bongsunya, Lia Nur Zahirah Osman dilahirkan normal, 1 Januari lalu namun berubah selepas menghidap batuk, muntah dan cirit-birit.

Ketika mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Pasir Mas, Marlina berkata, doktor mengesahkan darah anaknya dijangkiti kuman seterusnya merebak ke bahagian paru-paru.

“Selepas itu, susuk tubuh Lia semakin mengecil malah berat badannya menurun daripada 2.8 kilogram (kg) kepada 2.5 kg.

“Kini tubuhnya semakin cengkung malah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum ini anak sulung dan anak ketiganya juga maut akibat penyakit yang sama.

Disebabkan sibuk menguruskan anak bongsu, Marlina tidak mempunyai masa untuk ke pejabat Jabatan Kebajikan dekat Pasir Mas.

Lebih merisaukan katanya, anak keduanya, Mohd Khairul Ikhwan Osman, 11, merupakan pesakit autisme sejak lahir.

Menurutnya, jika dihubungi oleh guru, suaminya, Osman Kamar, 35, terpaksa ke sekolah untuk membersihkan kotoran setiap kali buang air besar.

Dalam masa sehari katanya, Khairul menggunakan tiga lampin pakai buang termasuklah ketika berada di sekolah.

Disebabkan perkara itu, suaminya diberhentikan kerja kerana sering meminta cuti daripada majikan.

“Ia menyebabkan pendapatan keluarga semakin berkurangan, maka saya memohon agar bantuan dipanjangkan, demi keperluan kami sekeluarga.

“Buat masa ini, keperluan kami dibantu oleh orang tua malah terpaksa menumpang di rumah bersama 10 lagi adik-beradik yang lain,” katanya.-sinar harian




Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq

SEJARAH HIDUP SYLVESTER STALLONE








Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.

Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.

Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.

Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.

Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya.

Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.

Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik.Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000

Siapakah pemuda tersebut?

Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.



Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.

Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata

“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.

“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.












Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq  
Isnin, 14 Oktober 2013 | By: Fiqdaoz

CARA-CARA UNTUK MENGURUSKAN BADAN





Topik kurus sering menjadi perbualan harian terutamanya di kalangan wanita.Lelaki hanya fikir tentang kurus apabila dia minat pada seseorang.Bagi wanita pula naik 1 kg pun dah risau dan mulalah cari macam-macam ubat untuk kuruskan badan.So,ini adalah entry yang sesuai untuk korang yang rasa berat badan dah bertambah dan ingin kurus.


1.Tingkatkatkan aktiviti senaman anda.


Senaman merupakan cara paling mudah untuk kurus dan sihat.Melalui senaman seperti jogging atau bermain sukan seperti bola sepak atau bola jaring dapat membakar lemak yang berlebihan dalam badan serta mampu untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.Di samping menguruskan badan anda juga boleh meningkatkan tahap kesihatan diri.



2.Kurangkan makan makanan ringan.


Sebagaimana yang kita tahu makanan ringan mempunyai side effect yang sangat tinggi.Hal ini kerana,makanan ringan mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan diri.Makanan ringan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan ada di antaranya boleh menyebabkan obesiti.


3.Kurangkan makanan yang bergoreng 


Makanan bergoreng mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi.Makanan bergoreng juga akan menyebabkan peningkatan kadar lemak berlebihan dalam tubuh.



4.Mengambil makanan dalam kuantiti kecil



Antara faktor utama yang akan menyebabkan kegemukkan ialah makan berlebihan.Anda perlu mengawal nafsu makan anda.Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

















Sudah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq