-->
Khamis, 26 Januari 2012 | By: Fiqdaoz

KEAJAIBAN LALAT




Keajaiban Hadis Lalat Mendahului Kajian Saintifik

Pernahkah anda mendengar Hadith Rasulullah SAW mengenai Lalat,di dalam sebuah hadith Baginda SAW menjelaskan bahwa jika ada lalat yang jatuh ke dalam minuman, kita hendaklah mencelupkan lalat tersebut sepenuhnya ke dalam minuman kemudian membuangnya, kerana diantara salah satu sayapnya mempunyai racun dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar.

Hadis Lalat Dan Sains

Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar?

Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951, menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat dari jenis ini.

Lalat buah atau fruit-flies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine flies serta lalat cuka atau vinegar flies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. Jenis yang agak terkenal daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-buahan yang banyak berlaku proses fermentasi. Justeru, arak merupakan tarikan kepada lalat jenis ini. Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold Oldroyd dalam buku The Natural History of Flies. Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majlis tanpanya. Orang Arab begitu memuja arak hinggakan bahasa arab mempunyai lebih kurang 250 kalimat yang melambangkan arak. Hal ini disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang arak belum diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas diwajibkan ibadah solat. Justeru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster.

Apa yang signifikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utama para ahli sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya. Justeru, fokus nabi tentang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini.

Lalat dan Penyakit

Sabda nabi yang bermaksud, “Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit,” adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia. Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan. Sabda nabi ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti. Hanya pada abad kesembilan belas sahaja kajian yang mendalam dilakukan untuk mengesahkan perkara ini, contohnya, kajian yang dilakukan oleh Profesor J. Leidy pada tahun 1871. Beliau yang merupakan seorang pakar dalam bidang ilmu serangga atau entomologist mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal ini disebutkan dalam buku Insect Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York.

Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai ‘serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini’. Lalat dikenal pasti sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, cirit birit, sakit mata, dan banyak lagi.

Lalat Memiliki Penawar

Sabda nabi, “Dan pada sebelah sayap (lalat) ada penawar,” menunjukkan, walaupun lalat ialah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta bahan anti kuman yang bermanfaat bagi manusia.

Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.

Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly – Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West.

Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda nabi yang bermaksud, “Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar.” Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva (maggots) amat bermanfaat pada manusia.

Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.

Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di www.soundmedicine.iu.edu.

Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.

Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabîh Da’ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur. Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali. Dr. Nabîh Da’ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini. (Untuk perincian sila baca buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin, terbitan PTS Publication).

Nukilan: Dr. Danial bin Zainal Abidin

Wallahu’alam…







Susah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq
Jumaat, 20 Januari 2012 | By: Fiqdaoz

TRIK UNTUK MEMBUAT ORANG TERKEJUT

Assalamualaikum kepada semua warga blogger yang membaca siaran aku pada kali ini..ha3x(siaran pin boleh baca ker)...hari ini aku sajer jer nak release tension korang dengan satu trik yang baru aku jumpa kat fb kawan aku.Caranya mudah jer untuk buat trik ni.Langkahnya-langkahnya seperti di bawah:

1.korang copy benda nih mov0001.swf

2.Lepas 2 korang paste kat google

3.korang klik search dan klik link yang paling atas yang ada tulis flash




Saya ucapkan selamat mencuba kepada sesiapa yang belum mengetahui trik ini dan anda tidak perlu risau kerana trik ini tidak mengandungi unsur lucah.






Susah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq
Jumaat, 13 Januari 2012 | By: Fiqdaoz

MAKSUD WALL DI FACEBOOK







          Assalamualaikum kepada semua pembaca.Sebelum saya kupas tentang tajuk di atas saya ingin tanya satu soalan yang sangat mudah kepada sesiapa yang membaca entri saya pada kali ini.Soalannya ialah adakah anda tahu maksud di sebalik gambar-gambar yang saya letak kat atas tu?.Kepada yang tidak tahu lagi tentang maksud di sebalik gambar-gambar di atas jangan pelik kerana saya akan terangkan maksud di sebalik gambar-gambar di atas.Mungkin anda tertanya-tanya apa pulak kaitan gambar-gambar nih dengan facebook kan.Sebenarnya kat internet dah berlambak entri yang berkaitan wall di facebook nih dan saya pun tak tahu saya orag yang ke beraper yang posting pasal benda nih.Ok...sekarang saya akan beritahu kaitan gambar di atas dengan wall di facebook.Gambar-gambar di atas adalah tentang dinding yang dikenali sebagai Wailing Wall of Israel.Wall(dinding) ini digunakan oleh orang israel sebagai tempat mereka meluahkan segala masalah,dosa,ratapan,harapan mereka.Ok,soalan saya pula ialah siapa Mark Zuckerberg??...apa bangsa dia??...ya Mark Zuckerberg ialah pengasas Facebook yang berbangsa Yahudi.Sekarang adakah anda nampak kaitan Wall di Facebook dengan Wailing Wall(Dinding Ratapan).Remaja sekarang selalu menggunakan Facebook untuk meluahkan perasaan cinta mereka dan bukannya untuk menyebarkan ilmu.Bagi saya kalau kita menggunakan Facebook ke arah kebaikan tiada salahnya kerana ramai ustaz yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk menyebarkan dakwah.Sebagai umat Islam janganlah kita menjadikan Wall di Facebook nih sebagai tempat meluahkan perasaan seperti mereka tetapi gunakan untuk menyebarkan ilmu kalau tidak kita boleh dianggap sama saja seperti mereka.Saya harap entri saya pada kali ini boleh menjadi panduan kita bersama dan jika ada yang salah pada entri saya tolong betulkan ok.Maklumlah kita semua manusia biasa mesti ada salah dan silap kan.Ok lah saya akhiri entri saya pada kali ini dengan ucapan terima kasih kepada pembaca blog Stayblogger.









Susah Selesai Baca???..Tolong Klik2 Iklan Kat Bawah Ni..Tq
Isnin, 9 Januari 2012 | By: Fiqdaoz

PERINGATAN


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia ...sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR

# TARIKH LAHIR KERAMAT!! (sekadar bacaan)

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Rabu, 4 Januari 2012 | By: Fiqdaoz

101 % DALAM KEHIDUPAN


PANDANGAN MATEMATiK DARi SEGi KEHiDUPAN.

Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita
BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh
membantu mendapatkan jawapannya.

Baiklah, mari gambarkan
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
= 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Contoh 1
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Contoh 2 :
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Contoh 3 :
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

TETAPi JiKA KiTA :
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

CARA PENJAGAAN SELUAR JEANS

contoh seluar jeans


Hari ini aq akan kongsikan tentang cara menjaga seluar jeans.Korang mesti frust kan kalau seluar jeans korang rosak.Maklumlah beli mahal-mahal tapi dapat guna sekejap jer.So kat bawah ni aq ada sertakan cara untuk menjaga seluar jeans:

1. Korang perlu cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan gunakan air yang terlalu sejuk atau terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar dibersihkan.
2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.
3. Jika seluar jeans terkena air pantai atau laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air panas sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tertanggal.
4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan jemur di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan jeans terus di bawah matahari terik.
5. Perlu diingatkan, jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.
6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.
7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh menggunakan air pada suhu biasa


Cubalah amalkan tip-tip diatas.Semua ni aq copy paste jer.

CAHAYA HARAPAN UNTUK PESAKIT KANSER


Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja. 

Sila sebarkan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan tentang pokok Belalai Gajah ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya. Tengok laporan tentang penyembuhan penyakit kanser ini dan cara untuk makan daunnya.


 
JUMLAH DAUN BELALAI GAJAH YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGUBATI KANSER
 

PERINGKAT 1:30 helai setiap hari
PERINGKAT 2:50 helai setiap hari. 
PERINGKAT 3:100 helai setiap hari. 
PERINGKAT 4:150-200 helai setiap hari
 

Apabila pesakit semakin sembuh kurangkan jumlah pengambilan daun.

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT JUS DAUN BELALAI GAJAH
a) Tuangkan setengah cawan air bersih ke dalam mesin pengisar(blender).
b)  Tambah 1 atau 2 kiub ais bagi mengelakkan pemanasan semasa mengisar.
c) Tambah 1 suku lemon atau setengah jus limau(membekalkan vitamin c dan menghalang pegoksidaan )
d) Basuh daun belalai gajah yang bersih seperti yang diperlukan dan masukkan mereka kedalam mesin pengisar.
e) Buangkan kulit epal hijau dan bijinya.
f ) Potong epal hijau kepada 8 bahagian.
g) Masukkan epal-epal yang telah dipotong tadi ke dalam mesin pengisar .
h) Kisar dan minum dengan segera atau dalam masa 5 minit. (Amalkan setiap hari).


Sihat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya menjadi sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.Kita hanya mampu berusaha tetapi tuhan yang menentukan.Disamping berusaha kita mestilah ingat kepada Allah kerana allah MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGASIHANI.

Sekian.

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT DAN JERAGAT DI MUKA

POKOK TEA


Hari ini aq akan berkongsi tentang cara untuk menghilangkan jerawat dan jeragat di muka sebab perkara tentang jerawat  dan jeragat ni memang banyak dihadapi oleh manusia terutamanya para remaja termasuk saya.Benda yang korang perlukan ialah daun pokok tea atau dalam nama saintifiknya ialah Malaleuca Alternifolia.
Apa yang perlu korang lakukan ialah:


1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.Kalau tak bersih takut benda lain pulak yang jadi kan.


2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka korang dengan lembut.


3. Lakukan proses di atas lebih kurang selama 30 saat hingga 1 minit.


4. Korang boleh ulangi petua ni beberapa kali sehari. Sebagai contoh, korang boleh lakukannya pada setiap pagi dan malam.


Sebagai langkah keselamatan, pastikan korang menggosok atau menyental daun pokok tea ke muka secara lembut. Ini kerana jika korang menyental dengan terlalu kuat, ia boleh merosakkan tisu muka korang.

Semua ini hanyalah usaha tetapi yang menentukan benda ini berkesan atau tidak hamyalah yang ESA sahaja.Saya ucapkan selamat mencuba.

RAHSIA DI SEBALIK STRUKTUR OTAK MANUSIA

Sebagaimana yang korang tahu otak memainkan peranan yang penting dalam kawal atur tubuh badan manusia.Otak juga digunakan untuk berfikir tapi adakah korang tahu tentang rahsia di sebalik struktur otak???Cuba korang perhatikan betul-betul kat gambar yang aku copy dari blog seorang yang agak hebat jugak lar.Ada rupa macam orang tengah sujud tak??.Ini lah kebesaran allah,kita sangkakan bahawa otak kita ialah hebat sehingga dapat mencipta sesuatu yang luar biasa seperti komputer,dapat menyelesaikan masalah dengan cepat tetapi kita jarang menyedarinya dan bersyukur dengan apa yang dia beri padahal benda yang kita agung-agungkan itu pun milik-NYA dan sedang sujud kepada-NYA.Aku menulis artikel ini untuk kita sama-sama renungkan.Di samping kita leka dengan limpahan kemewahan dunia kita perlu sentiasa ingat kepada-NYA bahkan bukan setakat perlu tapi wajib mengingatinya.Jadi setakat itulah entri aku pada malam ini.

SURAT UNTUK AYAH

Seorang mahasiswa yang sedang kekeringan wanng menghadapi dilema sama ada ingin menghantar surat untuk meminta wang kepada ayahnya atau tidak.Selang beberapa saat(0.0001)dia pun membuat keputusan untuk menghantar surat kepada ayahnya.Sedang asyik menulis dia pun teringat tentang perangai ayahnya yang sangat kedekut jadi dia pun mencari idea untuk membuat ayahnya tergerak hati untuk menghantar wang kepadanya lalu dia mendapat idea yang cukup licik.Dia pun segera menulis surat untuk ayahnya.Suratnya berbunyi begini:




Ayah,

Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM100.000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.Saya dah cakap jangan mintak tapi tangan saya tak berhenti menulis.Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam,sally maafkan saya.oops sory yer ayah salah tulis

Salam dari anakanda,
Sarip bin saripuddin.

P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.Saya harap ayah tidak yang akan menerima surat yang saya kirimkan ini.Tapi kalau ayah menerima jugak surat ini pandai-pandailah ayah ejas yer.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.


Saripuddin bin mydin


moral:jangan cuba untuk menipu bapak anda kerana bapak anda jauh lebih licik dari anda

MAT ROCKERS

Cerita ini berkisar tentang seorang mat rockers yang sedang membuat persembahan di karnival jomheboh.Sedang dia leka membuat persembahan dia pun terpandanglah seorang mak cik yang berumur dalam lingkungan 50 an sedang menangis.Mat rockers ni pelik la kan sebab dia nyanyi lagu rock bukan nasyid kan.Selepas habis dia perform dia pun pergi mencari mak cik tua tersebut.Dalam lautan manusia itu dia mengambil masa selama 3 hari 3 malam untuk menemui mak cik tua itu.Akhirnya dia pun berjumpa lah dengan mak cik itu lalu bertanya kepadanya.Berikut adalah dialog perbualan mereka:




MAT ROCKERS:ASSALAMUALAIKUM MAK CIK..


MAK CIK:WAALAIKUMUSSALAM W.B.T,ADA APE BRO???(SAMBIL MEMBUAT SIMBOL ROCK DENGAN JARI-JARINYA)


MAT ROCKERS:SAYA NAK TANYA CKIT BOLEH???


MAK CIK:BOLEH,I WILL DO ANYTHING 4 U MY LOVE...


MAT ROCKERS:(SAMBIL BUAT MUKA NAK MUNTAH)SAYA NAK TAHU KENAPA MAK CIK MENANGIS SEMASA SAYA PERFORM  PADAHAL SAYA NYANYI LAGU ROCK??


MAK CIK:OoOo...MASA TU ADA ORANG  PIJAK KAKI GUA BRO...KALAU GUA LEMPANG BUDAK TU SAH-SAH LAR GUA KNA LEMPANG BALIK KAN JADI GUA MENANGIS JER LAR..



PANGGILAN PERCUMA

Hari ini aku akan ajar tentang cara-cara untuk membuat panggilan percuma dengan menggunakan pc korang.Caranya mudah jer kalau korang nak mencubanya


Benda yang korang perlukan ialah mikrofon,headphone,adobe flash player 9 atau ke atas dan sambungan internet.Jika semua perkara telah cukup korang telah bersedia untuk membuat panggilan percuma


1.korang buka laman web ini www.evaphone.com
2.korang letak no phone orang yang korang nak call tp msti dimulakan dengan kod negara.Sbg contoh kod negara malaysia iaitu bermula dengan 6.Contoh 6014527xxxx
3.Lps 2 korang tekan butang call yang warna hijau dan korang akan menunggu selama beberapa saat sebelum keluar satu kotak kat bawah no phone rakan korang.
4.Korang tekan allow kat kotak tersebut dan korang akan menunggu selama beberapa saat lagi.Sementara itu korang akan lihat 1 iklan kat situ.Korang abaikan iklan tersebut
5.Selepas habis iklan tersebut korang akan disambungkan dengan orang yang korang nak call itu dan korang bercakaplah dengan dia.


Perhatian:semua itu ada limitnya jadi korang cakap lar benda yang sangat penting jer k dan free call ni boleh dibuat sebanyak 2 kali sahaja dalam 1 hari iaitu 1kali untuk yang belum daftar dan 2kali untuk yang sudah berdaftar.Selamat mencuba

CARA UNTUK MENGHANTAR SMS PERCUMA

Salam semua..memandangkan kita dah hampir dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya mesti korang nak hantar sms kepada kawan-kawan kan..Tapi macam mana kalau tiba-tiba korang habis kredit dan korang tengah pokai time tu???..pada entri kali ini aku akan beritahu korang tentang cara untuk mengatasi masalah tersebut.Sebenarnya ini bukan lah satu trick tapi sebuah website yang menawarkan perkhidmatan ini.Okay tanpa berlengah lagi aku akan ajar korang bagaimana caranya


1.Mula-mula korang daftar kat site ini www.mostsms.com
2.Lepas tu korang tekan butang sms
3.lepas tu dia akan keluar 2 kotak dan kat kotak pertama korang letak no phone rakan korang manakala kat kotak yang no 2 pulak korang letak mesej korang.

So selepas ini korang bolehlah menghantar sms percuma



SEJARAH SERANGAN WORLD TRADE CENTER


korang nampak tak gambar kat atas tu???sebenarnya ada cerita di sebalik gambar di atas.Semua orang tahu pasal no kapal terbang yang melanggar WORLD TRADE CENTER.Mungkin ini hanyalah satu kebetulan atau???tapi apa-apa pun ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan.No kapal terbang yang melanggar WORLD TRADE CENTER ialah Q33NY

1.Mula-mula korang buka notepad
2.Taip Q33N tanpa jarak dan dalam huruf besar
3.Naikkan saiz font pada saiz 72
4.Akhir sekali tukar font kepada Windings

 Korang mesti akan terkejut dengan hasil yang akan korang saksikan nanti..

INFO TENTANG PERHIMPUNAN BERSIH

Apa itu BERSIH?
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Perhimpunan bersih yang pertama adalah pada 10hb. November, 2007
Pelancaran BERSIH
BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.
Apakah yang di tuntut oleh para-para pendokong BERSIH ini?
8 Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Itulah antara tuntutan-tuntutan yang di perjuangkan oleh mereka sehinggakan mereka perlu untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0
Siapakah Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0:
1.Dato’ Ambiga Sreenevasan, Chairperson
2.Andrew Khoo
3.Arumugam K.
4.Farouk Musa
5.Maria Chin Abdullah
6.Haris Ibrahim
7.Liau Koh Fah
8.Richard Y W Yeoh
9.Toh Kin Woon
10.Wong Chin Huat
11.Yeoh Yang Poh
12. Zaid Kamaruddin


KEMATIAN ITU PASTI TIBA

Assalamualaikum kepada para pembaca yang membaca blog aku ini.Hari ini kita ingin membesarkan rumah dari wang yang kita dapat dari hasil rasuah,hari ini kita ingin merebut jawatan dengan melakukan perkara yang jahat dan hari ini kita jadikan minuman arak sebagai minuman kebanggaan.Takbur,bongkak,dengki,dendam dan bakhil ialah sifat yang wujud dalam diri seorang insan yang bernama manusia.Semua itu menjadi perkara biasa dalam kehidupan yang serba canggih dan moden ini.


  Walaupun kita sedar yang kematian itu pasti menjemput kita pada suatu hari nanti kita masih alpa dengan kemewahan duniawi.Dunia yang manusia sebagai penghuni ini adalah salah satu pinjaman yang diberi oleh Allah kepada kepada hambanya tetapi kita menggunakan barang yang dipinjam dengan rakus dan tidak bersyukur sama sekali. 
                                                                                                                                                              
Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185. Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
 
 Rasullullah pernah bersabda bahawa orang yang paling cerdik ialah orang yang paling banyak ingat kepada mati dan ini bermakna orang yang paling bodoh ialah orang langsung tidak memikirkan pasal kematian




Ayat Al Quran: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35)


Sebagai penutup kepada entri aku kali ini korang saksikanlah video pasal kematian yang mungkin boleh menginsafkan diri.


TRICKS MATRIX MENGGUNAKAN NOTEPAD

Notepad ialah sesuatu yang mempunyai daya tarikan tersendiri kerana banyak benda yang dapat korang buat dengan notepad contohnya trick kat bawah ini.Aku akan ajar korang tentang cara-cara membuat sesuatu yang menarik dengan notepad
  • Mula-mula korang buka notepad.
  • Lepas tu kotang salin kod yang aku letak kat bawah ni dalam fail notepad korang

@echo off
color 02
:start
echo %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random%
goto start
  • simpan fail tersebut dengan extension bat sebagai contoh Matrix.bat
  • Lepas tu korang run lah notepad korang

TIPS BELAJAR YANG BERKESAN



Teknik Belajar 5R-STUV


  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
        MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
                               MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

Teknik Belajar PV3R

  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)

7 Cara Cemerlangkan Otak

  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain./

Amalan peningkatan daya ingatan

  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA